Tuesday, December 1, 2015

Kpop Boyband That I Like The Most

Assalamualaikum.. Anyeonghaeseyo ! korang sihat tak? Hehe..

Hari ni aku nak tulis entri pasal  boyband kpop yang paling aku minat.. sangat2 minat.. aku ni minat kpop jugak Cuma aku takdala fanatic sangat sampai rela dipeluk-peluk artis kpop yang sememangnya bukan muhrim aku macam ada satu kes ari tu.. huhuhu.. tapi aku bukan nak cakap pasal kes adegan peluk-peluk tu semua k.. Ehh ! aku tak bagitahu lagi kan boyband mana yang bertuah sangat tu kan.. hehe.. ehem..ehem.. siapa lagi kalau bukan...

Tadaaa...
EXO !!!

Sebenarnya EXO lah yang telah membawa aku meminati dunia Kpop.. mula-mula aku tengok video kumpulan ni aku fikir “diorang ni gay ka apa.. peluk-peluk segala bagai” tula first impression aku dengan kumpulan ni.. tapi bila aku tengok banyak-banyak video diorang (aku tengok sebab ahli2 EXO ni hensem2) dan baca pandangan orang pasal EXO ni baru aku faham yang diorang ni sebenarnya sangat rapat antara satu sama lain.. hidup dah bagai satu keluarga dan aku pasti smua kumpulan2 Korea yang lain pun macam tu jugak.. disebabkan terlalu rapat kita nampak diorang macam gay tapi persahabatan diorang tu yang sebenarnya terlalu akrab.. dah macam adik-beradik.. and bila aku dengar lagu2 diorang aku rasa best pulak.. so, aku pun mulalah setiap hari mesti nak dengar lagu EXO.. lagu diorang yang paling aku suka don’t go, xoxo, miracle in December dan growl .  best sangat ! haa.. tengok, tajuk lagu2 korea ni semua bahasa Inggeris tapi lirik bahasa Korea pulak..haha
Cuba teka siapa member EXO yang paling aku minat? ……….. mestilah D.O . boyfriend aku kot ! haha..  kenapa aku paling minat D.O? bukan Sehun atau Kai ataupun Kris..? kan diorang kan banyak sangat peminat.. ntahlah, first time aku tengok si D.O ni aku rasa macam nak senyum je bila tengok senyuman dia tu.. tambahan pulak mata dia yang tajam tu hehehe dan selalu sangat buat O.o comel giler ! suara dia pun perghh.. power giler ! main vocalist kot ! dan yang paling aku suka tentang D.O ni dia tak banyak sangat cakap macam Baekhyun atau Chanyeol.. comel je tengok dia pendiam.. D.O ni pandai masak tau, member yang lain cakap D.O selalu masak untuk diorang.. aww so sweet boyfriend aku tu kan..hehe.. dia digosipkan dengan sojin of Girls day L emm.. tapi ntahla sekarang,aku dah jarang ikut perkembangan group ni walaupun aku minat kat diorang haha.. eleh kata peminat EXO.. yelah.. aku minat tapi tak terlalu fanatic aku cakapkan.. takkan setiap masa nak dengar pasal diorang je.. aku taknak kpop ni melalaikan aku.. so, cukuplah sekadar minat.. untuk jadi peminat fanatic tu bukan aku okay..
Korang rasa siapa member EXO ni yang paling hensem ? orang selalu cakap Sehun yang paling hensem kalau tak Sehun Luhan.. takpun Kai.. ehh ! tak kot.. bagi aku D.O is the most handsome member of EXO . tapi yelaa.. semua orang ada pandangan masing-masing kan.. 

haa.. ni aku senaraikan member EXO mengikut ketampanan, kekacakkan dan kecomelan mereka dari pandangan aku..

1. D.O
 


2. Suho
 



3. Baekhyun



4. Chanyeol



5. Kai



6. Kris



7. Sehun


8. Luhan


9.Lay


10. Tao



11. Xiumin


12. Chen



Walaupun Kris dan Luhan dan keluar dari EXO secara rasminya tapi aku tetap nak masukkan diorang.. sebenarnya susah jugak nak buat pilihan nak letak ranking diorang ni mengikut kehenseman dan tahap kecomelan diorang ni sebab semua pun hensem dan comel2 belaka.. nak letak no 1 dan yang paling akhir tu takdala susah Cuma nak letak no2 dan seterusnya tu yang susah.. hehe.. tapi diorang ni semua pun hensem dan berbakat aku tak nafikan semua tu.. haha Orait just nak tulis tu je untuk hari ni..hehe
Aku harap EXO akan terus melebarkan sayap mereka untuk bersaing dengan kumpulan-kumpulan lain dan takkan ada yang keluar dari EXO lagi.. I will always support EXO ! Na Sarang EXO ! hehe
See You Again..  





Thursday, November 26, 2015

bila sakit gigi menyerang.. aduh !

Assalamualaikum.. 

semua sihat? kalau sihat Alhamdulillah.. aku ni je tak berapa nak sihat sangat.. gigi sakit.. nak makan pun tak selesa.. kejamnya sakit gigi ni kan? 

korang pernah tak alami sakit gigi ni? aku rasa semua orang pun pernah alami kan.. bagi aku lah kan sakit gigi adalah sakit yang paling sakit antara semua penyakit.. sangat sakit! sebenarnya semalam aku dah pergi klinik gigi and satu batang gigi aku dah kena cabut, but the problem is.. that pretty doctor cabut gigi aku yang tak sakit ! haih ! sakitnya hati.. lain yang sakit lain yang dicabutnya.. tak pasal-pasal gigi aku hilang begitu aje.. sandi betullah ! hehe tapi aku takdala nak salahkan doctor tu 100% sebab mungkin dia tak nampak sangat aku tunjuk sebelah mana.. takpela.. yang dia cabut pun memang berlubang cuma bukan gigi tu yang sakit.. emm.. klinik yang aku pergi tu klinik kerajaan tau so aku cuma bayar RM1 untuk satu batang gigi.. okaylah jugak, masa cabut tu tak rasa sakit pun malah aku tak sedar yang gigi aku dah dicabut, tau tau doktor tu kata ''dah siap'' . Takut jugaklah.. cuma aku tak sangka, selain remaja 18 tahun macam aku ni ada lagi rupanya remaja lain yang mengalami sakit yang sama.. ingatkan aku sorang je manusia yang masih muda yang dah kena sakit gigi..hehe.. sebenarnya sakit ni pun berpunca dari aku juga sebab dulu masa kecik2 aku suka makan beras mentah.. hehe sebab tu gigi aku ada yang rosak. arwah mak aku dulu selalu pesan jangan selalu makan beras mentah nanti gigi rosak ! haaa.. sekarang baru rasa kesannya kan tak dengar cakap orang tua.. ni peringatan jugak untuk korang.. jangan makan beras mentah hehe.. and rajin2lah buat pemeriksaan gigi ye..

hih ! taknak lah cakap pasal sakit gigi ni lagi.. ngeri tau bila ingat malam tadi aku kena serang dengan sakit gigi ni.. huh ! taknak cakap lagi dah.. memang mengerikan...

Wednesday, November 25, 2015

Pertama kali..

Assalamualaikum.. hai !

apa yang pertama kali tu? ayat gantung sangat.. kan? haha sebenarnya nilah.. pertama kali buat entry lah apa lagi.. dah nama pun pertama kali mestilah aku ni new blogger atau newbie.. hehe



ehh ! kenapa ada gamba mamat tu? hehe nilah.. perkenalkan boyfriend aku ! 
uwekks,, ape dah! dalam first entry dah sebut pasal boyfriend ! eww... haha takdala.. korang pun tahu kan gamba tu sapa.. haa sapa? D.O lah si cute boy.. comel kan? emm.. boyfriend? memang taklah! i know who i am.. aku tak layak untuk dia.. hemm.. (muka sedih) 
aik ! buat drama pulak aku ni ! haha takdalah saja jew nak belanja senyuman manis mamat tu.. coz dia terlalu comel kan.. so, aku nak happykan (amboi bahasa,,) korang dengan senyuman D.O.. eh eh.. panjang pulak cite pasal budak EXO ni..

err... aku sebenarnya tak tahu nak tulis apa.. aku tak reti pasal blog2 ni sume (abih dah kalau tak reti buat apa nak buat blog?!) aku cuma suka baca blog orang sebab macam best je kan kalau kita boleh kongsi cerita hidup kita, kongsi ilmu dan macam2 lagilah kat orang lain.. nah, dari situla aku pun mula mengikut jejak korang dan mula buat blog.. and yeah i made my own blog so that we can share2 lah kan.. haha.. okay serius ! aku ni budak baru belajar.. aku pun memang student lagi.. so kalau ada salah tolong maafkan dan berilah daku tunjuk ajar wahai cik kakak dan encik abang sekalian.. hehe

emm.. apa lagi ar? tu je kut setakat nih.. otak aku pun takda apa2 isi nak keluarkan kat sini.. *blank so.. sampai sini jela dulu setakat ni.. thank youlah sebab sudi baca entry pertama ni (kalau ada yg bacalaa..) 

ok, see you again..